Datuk Norashikin Abdul Ghani.

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mewujudkan satu akta anti kebencian bagi menangani isu penghinaan terhadap institusi raja oleh warganet.

Presiden Srikandi Malaysia, Datuk Norashikin Abdul Ghani berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya atau diwujudkan akta anti kebencian bagi mengawal kebencian yang disebarkan sekaligus menjaga keharmonian tanah air.

“Rakyat yang menentang Rukun Negara tidak wajar memegang status warganegara kerana rukun itu diwujudkan sebagai asas perpaduan warganegara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Norashikin, Srikandi mengecam kenyataan berbaur penghinaan warganet terhadap usaha institusi diraja mempertahankan warisan bersejarah tanah air ini seperti tulisan Jawi.

Tindakan berkenaan membelakangkan prinsip rukun negara iaitu Ketaatan kepada Raja dan Negara, katanya.

“Cara rakyat hidup beraja yang berlandaskan prinsip berkenaan sewajarnya selari dengan pandangan dan nasihat institusi diraja dalam menjaga keharmonian tanah air.

“Negara kita pernah mencatat insiden berdarah akibat isu perkauman dan sejarah itu tidak akan berulang sekiranya setiap rakyat menghayati dan mengamalkan prinsip rukun negara itu dengan bermula daripada diri kita sebagai contoh,” ujarnya.

Malangnya satu demi satu isu yang menyentuh perlembagaan dan hak istimewa kaum ditimbulkan sehingga api kebencian antara kaum semakin memuncak sebagaimana yang ditanam oleh pihak berkepentingan yang tentunya ada keuntungan dalam hal ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Saya, rakyat Malaysia, menyokong saranan tersebut, agar 1 akta bagi melindungi apa yang termaktub, dalam perlembagaan Malaysia.

    Pada waktu ini, kaum cina yang pada dasarnya, ahli DAP, yang selalu nya membangkitkan pelbagai masalah berkaitan perlembagaan, disamping tokoh-tokoh politik dari kaum India yang dengan senaja mereka cipta bentuk-bentuk kebencian.

    Kami, bagi kaum Melayu dan lain-lain bumiputera tidak pernah menyakit kan hati, malah terlalu banyak bertolak angsur dengan kerenah mareka, yang menjadi-jadi sejak pakatan harapan menang dalam pru14 yang. Ini lah yang sebenarnya, punca kebencian mareka kepada kaum Melayu khasnya.

    Kepada sesiapa yang tak hati, sila komen.

    Terima kasih.

Comments are closed.