KUALA LUMPUR – Penyanyi Nora Ariff memulakan tahun 2020 dengan menunaikan ibadah umrah.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, ibu tunggal itu berharap dapat memulakan kehidupan baharu yang baik di sebalik ujian yang menimpa sebelum ini.

“Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini saya akan mengerjakan umrah. Doakan perjalanan dan ibadah saya lancar dan dipermudahkan.

“Di sebalik segala suka duka ujian Allah yang saya lalui. Harap perjalanan ini permulaan hidup baharu yang baik saya. Minta maaf buat semua. Saya juga sudah memaafkan semua kerana Allah,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 47, berharap ada sinar baharu dalam hidupnya yang baru kehilangan anak tersayang, selepas pemergian suaminya pada 2017.

“InsyaAllah, Ya Allah berikanlah apa yang terbaik untukku.

“Hanya kepada Allah kita berserah. Al-Fatihah buat dua insan tersayang, Johan Nawawi dan Muhammad Syakir Alif,” katanya.

Pada bulan lalu, Nora berdepan episod duka apabila anak keduanya, Muhammad Syakir Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember lalu pada usia 20 tahun.

Pemergian anaknya secara mengejut itu berlaku selepas dua tahun kematian suaminya, komposer Johan Nawawi pada 24 Mac 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast