Pasukan Hollywood dari Australia beraksi semasa memulakan perlumbaan pada hari keempat pada Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 18 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto AFFAN FAUZI, 10 JANUARI 2020

LANGKAWI – Pasukan Team Hollywood boleh bersiap sedia untuk meraikan kejayaan meraih Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) Belt & Road apabila memenangi tiga perlumbaan pada hari keempat di sini hari ini.

Pasukan dari Australia itu bagaikan tidak dicabar apabila terus mendahului dalam kelas Racing yang meninggal jauh pasukan lawan.

Menerusi jurumudi Ray Roberts, prestasi cemerlang Team Hollywood itu mengenepikan cabaran pasukan effieConnect yang berada di tangga kedua selepas mengenepikan THA72 di tempat ketiga.

Effieconnect dari Belanda bermula cemerlang pada hari pertama namun kekal di tempat ketiga pada hari kedua dan semalam.

THA72 pula terus terkial-kial untuk mata mencari kemenangan dalam perlumbaan pertama mereka dalam kelas Racing itu.

Pasukan Hollywood dari Australia beraksi semasa memulakan perlumbaan pada hari keempat pada Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 18 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto AFFAN FAUZI, 09 JANUARI 2020

Team Hollywood mengungguli perlumbaan dengan catatan keseluruhan 13 jam 5 minit dan 57 saat manakala manakala effieConnect dengan masa 13:17:10s dan THA72 pula adalah 13:10:24s.

Dua pasukan lain iaitu, Windsikher dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Zuhal masing-masing kekal di tempat keempat dan terakhir daripada lima pasukan bertanding.

Perlumbaan ke-10 yang juga terakhir akan berlangsung esok sebelum RLIR melabuhkan tirainya bagi edisi ke-18.

Bagi kelas IRC1, pasukan negara Mata Hari KL Registry menerusi jurumudi, Vincent Chan melonjak di tempat kedua dalam kalangan empat pasukan yang diungguli pasukan Char Chan dari Jepun.

Antara aksi peserta mengawal kapal layar semasa memulakan perlumbaan pada hari keempat pada Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 18 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto AFFAN FAUZI, 10 JANUARI 2020

Kelas IRC2 menyaksikan pasukan Phoenix dari Jepundan Beihai Zhufen Sailing Team dari China kekal mengungguli tempat pertama dan kedua meninggalkan pasukan The Blue Angel.

Dalam pada itu, dalam aksi kelas SportsBoats pasukan Malaysia, MSA-MSN tidak terus dicabar dalam kalangan empat pasukan yang beraksi.

Kelas Multihull pula dimenangi pasukan Fetz Ma menerusi jurumudi, Gerhad Pils meninggalkan pasukan Allegro menerusi jurumudi, Bob McIntyre di tempat kedua. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast