Harry Kane

LONDON – Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane akan menjalani pembedahan pada otot pahanya berikutan kecederaan hamstring yang dialaminya baru-baru ini.

Pemain berusia 26 tahun itu dijangka berehat sehingga April ini.

Kane yang telah pun menjaringkan 27 gol untuk Spurs dan England pada musim ini ditimpa kecederaan tersebut ketika kekalahan 1-0 Tottenham kepada Southampton awal tahun ini.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan staf perubatan kami sejak minggu lalu, Harry Kane disahkan akan menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaan tendon pada paha kirinya,” ujar Spurs dalam kenyataan rasminya.

Kane akan terlepas perlawanan penting dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah berdepan RB Leipzig dan perlawanan pemanas badan England untuk persiapan Euro 2020 berdepan Itali dan Denmark.

Selain itu, dia turut terlepas beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Liverpool, Manchester City, Chelsea dan Manchester United.

Kane Beliau dijangka akan mula menjalani latihan pada April, dua bulan sebelum pusingan akhir Euro 2020 bermula.

Tanpa Kane, sudah tentu ianya satu cabaran buat pengendali Spurs, Jose Mourinho untuk mengejar kedudukan empat pasukan terbaik dan kini pasukan tersebut berada enam mata dari pasukan di tangga keempat, Chelsea.

Kemungkinan besar Son Heung-min akan menggalas tanggungjawab selaku penyerang utama sepanjang ketiadaan Kane dan penyerang remaja, Troy Parrott juga akan mendapat lebih banyak peluang untuk bermain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast