Dr Mahathir Mohamad menerima laporan kajian interim daripada Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya menyerahkan laporan interim kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kajiannya hari ini.

Laporan itu terdiri daripada syor-syor yang dibentuk sebagai langkah awal dalam urusan penambahbaikan sistem dan undang-undang pilihan raya..

Penyerahan itu dibuat oleh Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

ERC dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan mengambil tindakan bagi menyediakan satu laporan penuh yang akan dikemukakan kepada Mahathir selewat-lewatnya bulan Ogos ini.

ERC ditubuhkan oleh kerajaan pada Ogos 2018 bagi mengkaji sistem dan undang-undang pilihan raya.

Tugasnya mengemukakan cadangan dan syor bagi memastikan pilihan raya di Malaysia dilaksanakan dengan sempurna, mengikut standard negara-negara demokrasi yang maju bagi mendapat kepercayaan awam sepenuhnya.

ERC telah menjalankan kajian intensif sejak ditubuhkan dengan memberi fokus kepada 15 komponen kajian yang spesifik berlandaskan kepada objektif untuk mencapai tahap demokrasi pilihan raya yang sempurna.

Bagi mendapatkan syor dan pandangan sebanyak 21 sesi libat urus diadakan di seluruh negara sepanjang 16 bulan lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast