Petroliam Nasional Bhd (Petronas)
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan insiden paip pecah dan kebakaran telah berlaku di Saluran Paip Sabah-Sarawak (SSGP) pada jam 1.59 pagi tadi.

Kebakaran telah pun dipadamkan dan tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, syarikat petroleum negara itu berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira empat kilometer dari Long Selulong, Ulu Baram, Miri, Sarawak.

“Kebakaran telah pun dipadamkan dan Petronas sedang memantau rapat situasi berkenaan.

“Pihak berkuasa berkaitan telah dimaklumkan dan kami akan terus berhubungan dengan penduduk di kawasan kejadian.

“Satu siasatan sedang dijalankan dan kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keselamatan rakyat dan alam sekitar terus menjadi keutamaan kami,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast