Pelawak terkenal, Shahrol Shiro berucap pada Ceramah Perdana DUN Membakut sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis di Kampung Binsulok, Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 10 JANUARI 2020.

KIMANIS- Pelawak terkenal, Shahrol Shiro nampaknya semakin menonjolkan diri dengan berkempen mewakili Barisan Nasional (BN).

Jika sebelum itu beliau dilihat memberi sokongan kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak kini beliau ‘terang-terang’ turun berkempen.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK)  Parlimen Kimanis nampaknya sudah beberapa kali Shiro terlibat dalam program kempen BN.

Jika 10 Januari lalu, Shiro berkempen di Kampung Binsulok semalam beliau menjadi panel dalam program Diskusi Rakyat anjuran Penerangan UMNO Malaysia di PDM Dingdong.

“Dulu cakap kerajaan Barisan Nasional (BN) korupsi sekarang semua ‘atuk kasi’. Sana kroni… sini kroni,” ujarnya semasa berucap pada program yang sama.

Jelas Shahrol, disebabkan kerajaan yang ada sekarang ini terlalu lemah maka rakyat harus bijak memilih untuk ubah balik agar masa depan anak bangsa lebih terjamin.

“Kita ingat tahun 2020 ada kereta terbang, sekali duit kita yg terbang. Kerajaan yang ada sekarang ini lemah pentadbirannya, jadi kita kena bangkit untuk bantah kerajaan yang lemah.

“Jangan kita takut walaupun diugut kerana rezeki datangnya dari Allah, bukan dari kerajaan Pakatan Harapan (PH), ” ujarnya dipetik dari artikel UMNO Online hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan dirinya tidak takut diugut jika tidak ditawarkan mana-mana show selepas ini kerana menyedari rezeki datang dari Allah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast