Chan Quin Er

KUALA LUMPUR – MCA berharap penangkapan 17 individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan empat pegawai khas ahli politik dapat ditangani dengan bebas dan adil tanpa campur tangan politik.

Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu, Chan Quin Er berkata, undang-undang perlu diletakkan pada tempat paling tinggi tanpa mengenal latar belakang termasuk pemimpin parti politik.

Beliau mengulas laporan media termasuk berita yang tersebar berhubung penangkapan itu oleh polus dalam satu operasi.

Katanya, berita itu tersebar sejak awal pagi semalam.

“Tahniah kepada pasukan PDRM. Diharapkan kes ini dapat ditangani dengan bebas dan adil tanpa campur tangan politik,” katanya. – MalaysiaGazette

ADUN, 4 pegawai khas politik positif dadah ditahan?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast