Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (kanan) melawat ruang pameran pada Majlis Pra Pelancaran Projek Perumahan Mampu Milik (SWASTA) di The Everly, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 08 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Affin Hwang Investment Bank Berhad (Affin Hwang) menjangkakan pemulihan dalam permintaan hartanah pada tahun ini perlahan.

Ia disebabkan isu-isu kemampuan pemilikan kediaman dan sentimen pasaran yang lemah.

Menurutnya, kebanyakan pemaju perumahan akan melaporkan kejatuhan jualan pada lalu disebabkan kurang pelancaran hartanah.

Firma penyelidikan itu mengunjurkan pendapatan sesaham melantun 6% tahun ke tahun pada tahun lalu berbanding penyusutan 18% pada tahun sebelumnya.

Pertumbuhan pendapatan yang stabil dan pemulihan perlahan dalam margin keuntungan akan meningkatkan pendapatan sesaham 7% tahun ke tahun pada tahun ini,” katanya.

Tetapi, lanjutan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah sehingga akhir tahun lalu telah menyokong permintaan rumah.

Affin Hwang percaya langkah meliberalisasikan pemilikan asing terhadap kondominium dan apartmen servis, memperkenalkan skim sewa untuk beli dalam Belanjawan 2020 akan mengekalkan pemulihan permintaan hartanah pada tahun ini.

Hartanah yang tidak terjual susut 3.8% kepada 31,092 unit pada sembilan bulan pertama tahun 2019, mewakili 25.7% daripada jumlah unit yang dilancarkan.

Manakala jumlah nilai unit tidak terjual jatuh 5.5% kepada RM18.77 bilion pada akhir suku tahun ketiga 2019 dan angka itu dijangka susut pada suku keempat 2019 dipacu pembelian saat-saat akhir bagi mengambil kesempatan daripada pengecualian duti setem.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast