PUTRAJAYA – “Isu peralihan kuasa ini terlalu kerap diperkata, masih terus diperkatakan dan akan terus diperkatakan.
“Persoalan bukan siapa yang menjadi pertanyaan bila?” soal Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut beliau, mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Harapan (PH) yang diadakan setiap bulan merupakan platform terbaik membincangkan perkara itu sekiranya ada keperluan.
Ini kerana dalam dalam mesyuarat itu setiap parti diwakili enam orang dan ditambah ketua sekretariat menjadikan kesemuanya sebanyak 25 orang wakil.
“Saya cuma boleh sebut bahawa sudah pun menjadi perkara yang disepakati dalam PH bahawa oenentuan tarikh itu akan dibincangkan, dimuktamadkan bila sampai masanya di dalam majlis Presiden PH.
“Kalau tanya saya bila saya pun tak ada maklumat bila akan dibincangkan tetapi itulah fokus yang paling tepat dan wajar untuk kita sebut,” ujarnya dalam satu sidang media Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina hari ini.
Sebelum itu, beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna ditanya mengenai proses peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.- MalaysiaGazette