Raja Abdullah II

Strasbourg, PERANCIS – Peperangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran boleh menimbulkan keadaan huru-hara kepada dunia.

Amaran itu dibuat oleh Raja Abdullah II, Raja Jordan dalam ucapan beliau di hadapan pembuat dasar Eropah susulan ketegangan di Timur Tengah.

Meskipun Washington dan Tehran kini kelihatan ‘berdiam diri’ selepas tindakan ketenteraan dua minggu lalu, tetapi kata Raja Abdullah II situasi tegang masih belum berlalu.

“Bagaimana jika masa depan salah satu pihak bertindak, pasti kacau-bilau yang dahsyat berlaku? Perang akan membahayakan kestabilan seluruh rantau ini.

“Tambahan lagi, ia akan mengakibatkan gangguan besar-besaran pada keseluruhan ekonomi global termasuk pasaran, selain mengancam kebangkitan keganasan di seluruh dunia,” tegas Raja Jordan.

Raja Abdullah turut melahirkan kebimbangan mengenai perkembangan di Syria dan Iraq.

“Bagaimana jika Syria kekal menjadi tebusan kepada persaingan global dan menghidupkan semula konflik sivil? Bagaimana pula jika kita melihat semula kemunculan Daesh dan Syria menjadi landasan untuk serangan terhadap seluruh dunia?,” kata beliau lagi.

Kemelut di Iraq, katanya, menyebabkan negara itu kini berada dalam kitaran “pemulihan dan kebangkitan – atau, lebih buruk lagi, konflik”.

Beliau juga menyebut tentang Libya, salah satu isu dasar luar negeri yang paling besar yang dihadapi Kesatuan Eropah bersama-sama dengan Iran.

“Bagaimana jika Libya terjebak dalam peperangan terhebat dan pada akhirnya keadaan gagal?

“Bagaimana jika Libya adalah Syria baru, lebih dekat dengan benua yang anda semua menyifatkan sebagai sebuah kediaman? soalnya sambil menyatakan senario itu perlu ditangani sekarang sebelum terlewat.

Monarki Jordan yang turut mendapat gelaran penjaga kepada tempat suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis itu berkata, Israel sedang berusaha untuk “melaksanakan penyelesaian yang tidak dapat terjangkau difikiran” terhadap rakyat Palestin hingga memudaratkan penyelesaian dua negara yang disokong oleh komuniti antarabangsa.

Beliau berkata, pembinaan pembangunan yang dilakukan Israel di tanah wilayah Palestin yang didudukinya dan “tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa” boleh disimpulkan sebagai “sebuah negara yang menikam jirannya hingga mengakibatkan perpecahan dalam kalangan rakyat dan agama di seluruh dunia”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. In this coming conflits nobody will win but everynody will lose. US is not going to be the world policeman fotever. Victors of the world will have ther timelimits.

Comments are closed.