Pesawat WC-135W

SEOUL – Amerika Syarikat menempatkan sebuah pesawat pengesan radiasi, WC-135W, di salah sebuah pengkalan udaranya di Jepun, kata pengesan penerbangan, yang mana ia dilihat sebagai langkah untuk meningkatkan pengawasan ke atas Korea Utara.

Pesawat WC-135W Constant Phoenix tiba di Pengkalan Udara Kadena, Okinawa di Jepun, kata Aricraft Spots melalau laman sosial Twitter, tanpa menyatakan masa ketibaannya.

Pesawat yang dikenali dengan jolokan ‘nuke sniffer’ (penghidu nuklear) itu memainkan peranan utama dalam mengesan kebocoran radioaktif selepas malapetaka nuklear Chernobyl, Kesatuan Soviet pada 1986.

Adalah tidak jelas sama ada pesawat tersebut hanya melakukan persinggahan atau operasi, lapor agansi berita Yonhap.

Sebuah pesawat pengawasan, RC-135S Cobra Ball juga telah dikerah ke Pengkalan Udara Kadena. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast