NIBONG TEBAL – Datuk Seri Mujahid Yusof mahu tindakan tegas mesti diambil terhadap pegawai kerajaan yang mengeluarkan pekeliling mendakwa perayaan Ponggal adalah haram dalam Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ini kerana Jakim tidak pernah mengatakan adalah “haram” untuk menghadiri perayaan itu tetapi sebaliknya berkata, orang Islam dibenarkan mengambil bahagian dalam perayaan itu selagi akhlak Islam dipatuhi.
“Isteri saya guru di sebuah sekolah di Nibong Tebal dengan ramai pelajar Tamil. Sekolahnya mengambil bahagian dalam Ponggal dan pada waktu sama mematuhi akhlak Islam sejak beberapa tahun,” katanya di Institut Perindustrian Arumugam Pillai seperti laaporan FMT di sini hari ini.
Mujahid mempersoal tindakan pegawai dari Kementerian Pendidikan kerana memutarbelitkan kandungan surat berkenaan.
“Anda (pegawai terbabit) menggunakan perkataan seperti ‘terpaksa’ dan ‘haram’. Come on lah. Kita kata Ponggal diharuskan selagi akhlak Islam dipatuhi.
“Kami mendesak tindakan tegas diambil ke atas individu yang menulis surat tersebut dan kemudian menyalahkan Jakim kerana membuat keputusan itu. Kasihanilah saya dan Jakim,” katanya.
Surat yang dirujuk oleh Mujahid merupakan pekeliling Kementerian Pendidikan kepada semua pengetua sekolah yang dikeluarkan menjelang sambutan perayaan Ponggal.
Pekeliling bertarikh 13 Jan itu menyebut bahawa Jakim mengisytiharkan mengambil bahagian dalam ritus Ponggal adalah “haram”, terutamanya perbuatan mendidihkan susu, yang merupakan acara utama perayaan menuai masyarakat Tamil itu.
Ia ditulis oleh penolong pendaftar institusi pendidikan dan guru Adzman Talib.
Terdahulu Mujahid melancarkan program e-RPH untuk sekolah agama, termasuk aplikasi telefon bimbit untuk guru bagi membantu mereka menyampaikan pendidikan berkualiti kepada pelajar.
Beliau berkata, kerajaan merancang untuk menaikkan elaun semasa RM1,000 kepada guru sekolah agama sebanyak RM100 bergantung kepada kelulusan.- MalaysiaGazette
Kadang kadang nama aje perayaan kebudayaan tapi di dalamnya ada unsur unsur pemujaan yg mungkin tidak kita sedari.Untuk selamat,adalah lebih baik dijauhi.
Bertanyalah dgn orang orang alim.Rujukan dan panduan kita Al Quran dan Hadith Rasulullah S.A W.Bukan kata kata orang politik yg cakap atas kepentingan undi.
nak tanya juga mujahid tu agama apa eaaa??????
Kalau lah anak aku sekolah yang ada ponal2 ni, demi akidah mereka, sudah tentu aku akan suroh mereka bercuti 2-3 hari!
Dah nama pun perayaan agama, sudah tentu ianya berbentuk pemujaan!
Hati2 kepada pelajar2 Islam.
betul..tu…jahat dorangni…apa kata ajak mereka meraikan hariraya korban..sama sama makan lembu
Jin gigi jarang ni bagi galakan pada melayu Islam suruh bersama merayakan ponggal bersama hindu ,gila ke apa ni
Kerja menyesatkan ni kerja jin ifrit… ha…ha..ha..
Kat US rakyat mereka berbilang bangsa dan ugama, tapi takde pula sambutan pongal ke, tahun baru cina ke, depavali ke disambut disekolah2 mereka?
Ianya lebih banyak mengundang keburukan dari kebaikan!
Kat sana kalau mereka tak setuju mereka akan bawa senapang dan tembak sana sini! Ianya adalah sebahagian dari amalan demokrasi disana…
Apa kata mufti…
ya dia ni pembawakannya apa aa..aliran apa..boleh kah kita minta peristiharan pegangannya.adakah ikut sunnah wal jamaah.tanya jer
suruh hindu sesama meraikan kemenagan islam lawan iblis..dgn mengajaknya makan daging lembu korban..kalau betullah nak sangat …aa jawab lah…kamu tentang hal ini.nak perpaduan banyak cara lain..diantaranya gotong royong…ruk7ntetangga…sukan..bukan yg sangkot dgn Akidah