Calon BN, Datuk Mohamad Alamin (tengah) bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan), Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) serta pimpinan tertinggi yang lain hadir di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi meraikan kemenangan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 176 Kimanis di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 18 JANUARI 2020

BEAUFORT – Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan kelima dan kali ini di Parlimen Kimanis selepas berjaya dalam Pilihan Raya Kecil di Cameron Highlands,  Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.

Calon BN, Datuk Mohamad Alamin menang dengan majoriti 2,029 undi undi menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,677 undi selepas selesai  penjumlahan keseluruhan 70 peti undi.

Mohamad Alamin berjaya meraih 12,706 undi.

Jumlah majoriti itu meningkat berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu 156 undi di mana ketika itu kerusi Kimanis dimenangi oleh Datuk Seri Anifah Aman yang ketika itu bertanding atas tiket BN.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Men itu.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Karim ialah calon Warisan bagi kerusi itu pada PRU14, namun kalah dengan majoriti 156 undi kepada Anifah, yang ketika itu bertanding atas tiket BN.

Anifah memperoleh 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru. Calon lain daripada Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail pula meraih 1,300 undi. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: 

Gelombang Semenanjung terhenti di Borneo, Warisan miliki kelebihan di Kimanis

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. mereka tak puashati prk kerana mahkamah memutuskan ada kertas undi tambahan…majority 156…malah kali ini ditambah lagi menjadi 2029 majority ….

Comments are closed.