Sebahagian peserta memegang plakad bantahan pada Himpunan Solidariti Buat Tahanan SOSMA di hadapan pust beli-belah Sogo, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 18 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR – Kira-kira 500 penyokong terdiri daripada ahli keluarga, ahli politik dan sahabat handai 12 individu yang dituduh mempunyai hubungan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berhimpun di hadapan pusat beli-belah Sogo malam ini.

Mereka berhimpun sebagai memperingati ahli keluarga di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan menggesa kerajaan supaya memansuhkan akta tersebut.

Himpunan yang dianjurkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu turut turut mahu agar 12 individu yang ditahan itu dibebaskan sambil menyifatkan ia sebagai satu akta yang zalim.

Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata, himpunan yang diadakan sejak pukul 6.30 petang tadi itu bertujuan membantah sekeras-kerasnya akta drakonian ke atas tahanan terbabit yang telah dituduh dengan kumpulan pengganas yang sudah tidak berfungsi hampir 10 tahun.

Katanya, ia juga diadakan sebagai menunjukkan sokongan kepada semua tahanan SOSMA yang masih di penjara walaupun mereka belum dibuktikan bersalah dan kes masih berjalan di mahkamah.

“Kami juga menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta jemaah menteri Pakatan Harapan menunaikan janji manifesto pilihan raya ke-14 untuk dengan memansuhkan undang-undang zalim, termasuklah SOSMA dan seterusnya membebaskan kesemua 12 tahanan politik ini.

“Kami menganggap penggunaan SOSMA terhadap 12 individu ini adalah bermotifkan politik.

“Sebelum pun Pakatan Harapan menjadi kerajaan, telah pun jelas bahawa SOSMA mempunyai peruntukan yang drakonian dan zalim yang membelakang Hak Asasi Manusia dan Rule of Law. Namun, mereka membiarkan penggunaan SOSMA sewenang-wenang,” katanya.

Sebahagian peserta menyalakan lilin atas sokongan bantahan pada Himpunan Solidariti Buat Tahanan SOSMA di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 18 JANUARI 2020

Beliau berkata demikian kepada media selepas berakhirnya perhimpunan berkenaan yang berlangsung selama dua setengah jam.

Berdasarkan pemerhatian MalaysiaGazette, peserta-peserta tidak berhenti melaungkan ungkapan “hapuskan SOSMA” dan “bebas tahanan sambil ditangan masing-masing memegang lilin sebagai tanda solidariti.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran.

Dalam pada itu Doraisamy berkata, akta drakonian itu tidak sepatutnya digunakan oleh PH kerana ia adalah akta yang sedang dikaji untuk dimansuh atau sekurang-kurangnya dipinda oleh pihak berkuasa.

Katanya, adalah tidak masuk akal jika sesuatu undang-undang yang dianggap zalim terus dihalalkan pengunaannya kerana ia dianggap melanggap prinsip ‘rule of law’ yang diwar-warkan oleh PH.

Ujarnya, dalam perihal SOSMA kerajaan yang dipimpin PH jelas menggunakan prinsip rule of jungle dan bukan “rule of law” sebagaimana yang dilaungkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Klu kena kat puak2 ko, bising ko mcn anjing menyalak, tapi klu kena pd org lain or puak2 lain yg bkn sama bngsa dgn ko, diam seribu bahasa, itu ke yg di nama kn adil n undang2 baik?? Salah tetap slh, ko tak pyh nk bela sgt, smua kaum , klu slh tetap slh, dn akn di ambil tindakn, tapi yg mjadi maslh skrg puak2 krjaan baru skrg, klu kna atas btg hidung sendiri, hbis di rompak nya sostem undang2 negara. Contoh paling dekat Menteri kewangan, kes rasuah, apa cita..ko jgn ckp pasa law ya..law akn mkn diri sendiri nnti…bagus sgt kerjaan kekalkan sosma, sbb sosma dpt selamatkn rakyat drpd penjahat2 n penganas2 ini drpd trus mehuruharakan kn ngra nnti..ini ke yg di katakn keadilan yg di bawa oleh puak2 dap, ph..keadilan utk diri n puak2 nya, tapi utk org lain jgn bagi muka..keadilan tahi kucing ko…

    • KENA KAT BANGSA DEPA HUKUM PERKAUMAN,KENA KAT ORG MELAYU,ITU UNDANG2..BERAPA BANYAK ORG MELAYU KENA BAWAH SOSMA SEBELOM NI,HARAM TAK PENAH BUNYI NAK SUH BUBAR SOSMA..
      ORG MELAYU KENA TAHU DAN BELAJAR KENALI BANGSA NI,MEREKALAH SEBENARNYA PERKAUMAN DALAM APA JUA PERKARA.AYAT PERKAUMAN DEPA NI HANYA UNTUK CARI UNTUNG PUAK DEPA SAJA.JANGAN SAMPAI TERTIPU LAGI NGAN BANGSA CINA/INDIA NI..SIKIT SANGAT YG KITA NAK KATA TAK RASIS PUAK NI,.ITU PON AKAN D PULAU OLEH BANGSA MEREKA SENDIRI JIKA BERSAHABAT ATAW SEBELAHKAN ORG MELAYU..KITA MELAYU MANGSA ATAS NAMA PERKAUMAN,KENA UBAH YG NI..ALANG2 MEREKA NAK SANGAT PERKAUMAN,APA KATA KITA BAGI JER MERASA PERKAUMAN TU..‼

Comments are closed.