KUALA LUMPUR -Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berpendapat pengundi Kimanis mungkin tidak menerima mesej yang jelas mengenai Pas Sementara Sabah (PSS).
Justeru beliau tidak menolak ia merupakan antara faktor kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis semalam.
“Adalah analisa-analisanya (faktor kekalahan) tapi yang penting untuk kita melihat sendiri apa yang kita perlu perbaiki sendiri.
“Memang ada cakap pasal PSS itu kita bincang juga tapi itu masa BN dan mereka sekarang mengatakan itu kesalahan kita, tidak. Kita di peringkat memperbaiki keadaan (persepsi itu) mungkin mesejnya tidak sampai ke bawah,” katanya yang juga Presiden PH selepas Program Edaran Limau di Pasar Pagi Taman Muda, Ampang hari ini.
Pada September tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PSS pada bulan Jun 2020.
Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pemuda Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman kemudian berkata, pemegang PSS dibenarkan memasuki Semenanjung dan menghabiskan maksimum satu bulan dengan kebenaran Jabatan Imigresen.
Dengan ini pemegang kad IMM13, kad Burung-Burung dan sijil banci dibenarkan menukar dokumen mereka kepada PSS.
Parti pembangkang Sabah, masyarakat sivil dan orang ramai kemudian menimbulkan kebimbangan mengenai dasar baharu itu yang akan memberi manfaat kepada seramai 136,055 pemegang kad IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.
Ketika berkempen, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pelaksanaan PSS akan menimbulkan malapetaka kerana mendakwa pendatang akan diberikan kewarganegaraan Malaysia dan menjadi lebih ramai daripada penduduk tempatan.
Mengulas lanjut menurut Wan Azizah, terdapat lagi faktor-faktor lain peringkat Sabah yang dilihat mengakibatkan parti itu gagal merampas Kimanis daripada parti pembangkang.
Namun beliau tidak menyebut faktor lain yang dimaksudkannya sebaliknya berkata PH perlu menjadikan kekalahan kali ini sebagai iktibar.
“Kita mendengar dan mengambil itu sebagai iktibar apakah petunjuk untuk kita perbaiki keadaan supaya mendapat kembali sokongan rakyat,” tambahnya.
PRK Kimanis semalam menyaksikan wakil rakyat BN, Mohamad Alamin menjadi pemenang dengan majoriti selesa sekitar 2,029 undi, mengalahkan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Karim Bujang yang mendapat undi 10,677.-MalaysiaGazette
Tak pyh nk.mgarut lh osteri sjubur, rakyat sudah tolak palatan ko tu..pakatan cap ayam..pakatan yg bakal hncur tak lama lagi..ko tggu je..kami rakyat dah tgok bukn krana tak sampai ke apa ke..mmg kami tak suka ph sudah..kmi benci ph sbb ada anjing2 yg nk tuan kat dlm ph, terutama dap, dan pkr, pkr tak blh jadi pemimpin lh, daman sendiri pun huru hara…