Aksi perlawanan antara Liverpool dengan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Juergen Klopp menyatakan, mereka sepatutnya menewaskan Manchester United dengan jaringan lebih besar berbanding kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Perdana awal pagi tadi namun tetap mengagumi persembahan pemainnya.

Pengendali dari Jerman itu tidak mengambil mudah selepas mendahului liga dengan jurang 16 mata.

Gol awal dan akhir permainan menerusi Virgil van Dijk dan Mohamed Salah memberikan kemenangan 2-0 ke atas Manchester United di Anfield dan mata penuh ke-13 berturut-turut dalam saingan liga sejak kedua-dua pasukan itu bertemu di Old Trafford pada Oktober.

Selepas Salah menjaringkan gol hasil hantaran penjaga gol Alisson Becker dalam masa kecederaan, penyokong Liverpool mula menyanyikan “kami akan memenangi liga” buat pertama kali musim ini.

“Mereka boleh mengimpikannya, boleh menyanyi, selagi mereka melakukan tugas mereka ketika kami bermain.

“Kami bermain bola sepak yang sensasi. Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol tetapi gagal. United kemudiannya bangkit pada penghujung babak pertama. Pada babak kedua, kami mencipta lebih banyak peluang dan beraksi lebih baik,” katanya.

Liverpool mendahului menerusi tandukan Virgil van Dijk pada minit ke-14 tetapi perlu menunggu sehingga masa kecederaan bagi memastikan kemenangan hasil jaringan Mohamed Salah.

Klopp bagaimanapun memaafkan pemainnya yang gagal menterjemahkan kemenangan lebih bergaya. Menurutnya, dia tidak terkejut dengan tahap prestasi pasukannya dalam Liga Perdana yang mana mereka belum lagi lagi tewas.

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris:

Burnley 2 – 1 Leicester

Liverpool 2 – 0 Manchester United

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast