Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Pentadbiran Trump merancang untuk menambah tujuh lagi negara dalam senarai larangan pengembaraan.

Negara-negara tersebut ialah Belarus, Eritrea, Kyrgyzstan, Myanmar, Nigeria, Sudan dan Tanzania.

Beberapa negara akan berdepan dengan larangan dalam kategori visa, menurut laporan Wall Street Journal.

Tetapi senarai penuhnya belum dikeluarkan lagi, menurut laman wb Politico.

Donald Trump dalam satu wawancara menyatakan beliau mempertimbangkan untuk menambah negara-negara yang dilarang menggembara tidak mengulas lanjut.

Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan hubungan keruh Amerika Syarikat dan negara-negara terbabit.

Sebagai contoh, Nigeria ekonomi terbesar Afrika dan memiliki populasi terbanyak adalah rakan anti-pengganas Amerika Syarikat dan mempunyai diaspora yang berhijrah ke Washington.

Seorang jurucakap berkata, mana-mana negara yang gagal memenuhi keperluan seperti bioletrik, pendekatan perkongsian maklumat dan anti-pengganas, berdepan dengan had risiko imigresen Amerika Syarikat.

Pada masa ini, larangan itu dikuatkuasakan ke atas rakyat Libya, Korea Utara, Somalia, Syria dan Yaman, selain beberapa pegawai Venezuela dan keluarga mereka.

Setiausaha Dalam Negeri dan Jabatan Negara belum lagi membuat kenyataan mengenainya.

Chad sebelum ini termasuk dalam senarai itu tetapi dikeluarkan semula pada bulan April, 2018.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast