F1 mendedahkan pelan pembangunan litar F1 baharu bernama Qiddayah di Arau Saudi menjelang 2023.

RIYADH – Arab Saudi mendedahkan pelan terperinci litar perlumbaan baharu sukan permotoran Formula 1 untuk diperkenalkan mulai tahun 2023.

Litar yang dinamakan sebagai Litar Qiddayah adalah sebahagian daripada hub hiburan baharu dan kompleks sukan di luar pusat Riyadh.

Ia direka bentuk oleh bekas pelumba F1 Alexander Wurz.

Ketua Pegawai Eksekutif Mike Reininger memberitahu BBC Sports bahawa litar baharu itu akan bersiap untuk menganjurkan Grand Prix F1 pada 2023.

“Kami membina kemudahan dengan harapan perlumbaan F1 yang baharu, serba menarik dan menghiburkan disediakan di Saudi, ” katanya.

Menurutnya, rundingan berkaitan projek itu sedang berlangsung antara kerajaan Saudi dan F1.

Tambah beliau, langkah formal perlumbaan adalah bukan demi manfaat kami di Qiddayah.

“Ia sebenarnya di luar skop projek berkenaan untuk menyediakan platform pelancongan Saudi di mata dunia menerusi sukan permotoran F1.

“Kami menyediakan fasiliti ini bagi membolehkan F1 menganjurkan satu acara yang betul-betul berkelas dunia dan produk utama yang ditawarkan di Qiddayah setelah dibuka pada 2023 nanti,” tegasnya.

Katanya dia tidak terlibat langsung dalam rundingan itu, sebaliknya lembaga permotoran FIA sedang mengusahakan kelulusan dan pelaksanaan projek mega itu.

Sumber dalaman menyatakan setakat ini Arab Saudi belum memuktamadkan projek itu tetapi F1 enggan mengulas lanjut mengenai status itu.

Litar baharu itu diperkenalkan dalam satu majlis pada Jumaat lalu yang mana litar itu didemonstrasikan dalam simulasi.

Damon Hill selaku juara dunia F1 1996 antara tetamu undangan bersama bekas pelumba F1 yang lain, David Coulthard dan Nico Hulkenberg yang hadir ke majlis tersebut.

Litar baharu itu adalah bertaraf gred satu FIA yang mampu menganjurkan kedua dua sukan permotoran F1 dan Motor GP.

Ketika ini F1 Abu Dha bi dan Bahrain dua acara F1 yang diadakan di benua Timur Tengah itu.

Penambahan Qiddayah akan menguatkan lagi pengaruh dan pelaburan negara Timur Tengah dalam sukan permotoran F1 untuk mempromosikan pelancongan. – MalaysiaGazette