KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Anak Muyang menafikan beliau ada memberikan persetujuan untuk namanya digunakan dalam kenyataan bersama yang menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.
Menurut beliau, perkara itu dihebahkan tanpa pengetahuan dirinya.
“Saya ingin mengulangi di sini bahawa kenyataan bersama membidas tindakan terhadap Zuraida adalah tanpa pengetahuan dan persetujuan saya sebelum bersetuju nama saya digunakan untuk menyokong Zuraida.
“Parti sudah mempunyai Jawatankuasa Disiplin untuk menangani isu Zuraida,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, dan akan memberikan sokongan padu kepada Anwar sebagai Presiden PKR.
“Saya ingin jelaskan saya bahawa saya adalah seorang ahli parti dan tugas saya adalah memberi sokongan penuh kepada Anwar,” katanya.
Nama Jugah antara 46 pemimpin PKR yang mengeluarkan kenyataan bersama membidas apa yang mereka sebut sebagai “usaha terancang” untuk menggagalkan muafakat dalam parti, semalam.
Dalam kenyataan itu, kesemua mereka menggesa PKR menghentikan tindakan terhadap Zuraida.
Daripada 46 yang menandatangani kenyataan itu, 38 merupakan wakil dipilih.
46 pemimpin PKR yang dalam kenyataan bersama ini ialah:
1) Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR
Ahli Parlimen Gombak/Adun Bukit Antarabangsa
2) Zuraida Kamaruddin
Naib Presiden PKR
Ahli Parlimen Ampang
3) Chua Tian Chang
Naib Presiden PKR
4) Ali Biju
Naib Presiden PKR
Ahli Parlimen Saratok
5) Baru Bian
Ahli Parlimen Selangau/Adun Ba’kelalan
6) Saifuddin Abdullah
Ahli MPP
Ahli Parlimen Indera Mahkota
7) Amiruddin Shari
Ahli MPP
Adun Batu Caves
8) Hilman Idham
Timbalan Ketua AMK
Adun Gombak Setia
9) Haniza Talha
Ketua Wanita PKR
Adun Lembah Jaya
10) Mohamad Rashid Hasnon
Ahli MPP
Ahli Parlimen Batu Pahat
11) R Sivarasa
Ahli MPP
Ahli Parlimen Subang
12) Rahimah Majid
Ahli MPP
13) Zakaria Abdul Hamid
Ahli MPP
14) Radzlan Jalaluddin
Ahli MPP
15) Dr Mansor Othman
Ahli MPP
Ahli Parlimen Nibong Tebal
16) Kamaruddin Jaafar
Ahli MPP
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
17) Hee Loy Sian
Ahli MPP
Adun Kajang
18) Elizabeth Wong
Ahli MPP
Adun Bukit Lanjan
19) Edmund Santhara
Ahli MPP
Ahli Parlimen Segamat
20) Azmizam Zaman Huri
Ahli MPP
Adun Pelabuhan Klang
21) Gan Pei Nei
Ahli MPP
22) Jugah Anak Muyang
Ahli Parlimen Lubok Antu
23) Steven Chong Shiao Yoon
Ahli Parlimen Tebrau
24) Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo
25) Jonathan Yasin
Ahli Parlimen Ranau
26) See Chee How
Adun Batu Lintang
27) Khairuddin Othman
Adun Paya Jaras
28) Juwairiya Zulkifli
Adun Bukit Melawati
29) Dr Daroyah Alwi
Timbalan Ketua Wanita PKR
Adun Sementa
30) Borhan Aman Shah
Adun Dengkil
31) Halimey Abu Bakar
Adun Seri Setia
32) Dr Chong Fat Full
Adun Pemanis
33) Dr Rafaie
Adun Ampangan
34) Lee Khai Loon
Adun Machang Bubok
35) Dr Afif Bahardin
Adun Seberang Jaya
36) Zulkifli Ibrahim
Adun Sungai Acheh
37) Dr Azman Nasruddin
Adun Lunas
38) Dr Robert Ling
Adun Sidam
39) Jailani Khamis
Adun Rembia
40) Yunus Jamhari
Adun Kuala Kurau
41) Jaffari Waliam
Adun Lantikan Sabah
42) Ginie Lim
Adun Machap
43) Gan Ay Ling
Adun Indera Kayangan
44) Maria Chin Abdullah
Ahli Parlimen Petaling Jaya
45) Amar Pritpal Abdullah
Adun Sungai Bakap
46) Yeoh Keng Chuan
Adun Kulim. – MalaysiaGazette