THE HAGUE – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Myanmar mengambil langkah bagi menghalang pembunuhan beramai-ramai dilakukan ke atas etnik Muslim Rohingya di negara itu.

Keputusan itu diambil walaupun pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mempertahankan negaranya terhadap dakwaan tersebut pada bulan lepas, lapor BBC.

Beribu-ribu etnik Rohingya maut dan lebih 700,000 orang melarikan diri ke Bangladesh semasa serbuan dilakukan tentera pada 2017.

Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa pembunuhan beramai-ramai boleh berulang.

Kes ICJ itu dibawa Gambia yang menggesa langkah segera diambil terhadap tentera Myanmar sehingga siasatan penuh dilancarkan.

Myanmar sentiasa menyatakan bahawa kempen ketenteraannya adalah untuk mengatasi ancaman ekstremis di negeri Rakhine.

Dalam kenyataan mempertahankan diri di mahkamah di The Hague, Suu Kyi menyifatkan keganasan itu sebagai ‘konflik bersenjata dalaman’ yang tercetus oleh serangan militan Rohingya ke atas pos keselamatan kerajaan.

Pada hari ini, panel 17 hakim di ICJ sebulat suara mengundi untuk mengarahkan Myanmar untuk mengambil ‘semua langkah dalam bidang kuasanya’ untuk menghalang pembunuhan beramai-ramai.

Langkah tersebut disatukan namun mahkamah tidak mempunyai kaedah untuk menguatkuasakannya. – Agensi