Djokovic berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Australia yang mana bakal berdepan ujian getir dari pemain Kanada Milos Raone

MELBOURNE – Juara bertahan, Novak Djokovic berjaya melangkah ke suku akhir Tenis Terbuka Australia.

Bagaimanapun bintang tenis itu akan menghadapi ujian getir daripada pemain Kanada, Milos Raonic selepas menewaskan Marin Cilic.

Dalam aksi yang berlangsung di gelanggang Melbourne Park hari ini, juara tujuh kali Terbuka Australia itu berjaya mara ke suku akhir buat kali ke-11 dalam kariernya apabila menewaskan Diego Schwartzman dari Argentina 6-3 6-4 6-4.

Ia merupakan kemenangan ketiga dalam tiga pertemuan Grand Slam Djokovic terhadap Schwartzman.

Djokovic yang kecewa pada awal set pertama bagaimanapun berjaya mengharungi kekangan daripada pemain rangking nombor 14 dunia itu.

Jaguh tenis Kanada dengan kelebihan pukulan servis yang kuat dan aksi bertenaga dijangka mengancam peluang Djokovic mempertahankan gelaran Terbuka Australia pada suku akhir nanti.

Walaupun Schwartzman cuba bangkit, segalanya menjadi sia-sia dengan aksi agresif dan bertenaga yang dipamerkan bintang Serbia itu.

Meskipun menang straight set, Djokovic tidak berpuas hati dengan pertasinya berbanding aksi penuh bertenaga yang dipamerkan ketika menentang jaguh Jepun dalam aksi sebelum ini.

Menurut Djokovic, ia akan menjadi pertarungan yang sangat berbeza nanti.

“Raonic seorang pemain yang tinggi dan kuat daripada segi pukulan yang sangat bertenaga termasuk pukulan servis.

“Saya sudah bersedia menghadapi ‘peluru berpandu’ Raonic yang akan dilancarkan dalam suku akhir nanti,” kata Djokovic. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast