KLANG – Malaysia tidak boleh tergesa-gesa mengambil langkah menghalang ketibaan pelancong dari China kerana tertakluk kepada deklarasi Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Bagaimanapun menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, kementerian sentiasa membuat pertimbangan dan pernilaian kritikal terhadap keperluan rakyat Malaysia akibat penularan coronavirus itu.
“Kita tertakluk kepada WHO PHEIC dan kita tidak mahu melanggar peraturan pertubuhan tersebut tetapi dalam masa yang sama kita akan menimbang dan membuat pernilaian terhadap keperluan negara.
“Kita tidak akan berkompromi dengan kesihatan rakyat kita,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Menteri Kewangan bersama Persatuan Pengilang dan Perindustrian Klang di sini hari ini.