Penerbangan terus yang dilancarkan oleh syarikat penerbangan Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani, Thailand ke Kota Bharu bakal menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan.
Dilaporkan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrida dijangka memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan, Malindo Air mengesahkan tujuh krewnya telah dikuarantin di Zhengzhou, China berikutan terdapat seorang penumpang dari wilayah Hubei yang disyaki dijangkiti koronavirus berada dalam pesawatnya.

Malindo Air berkata, krew terbabit bertugas dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou pada 24 Februari lalu akan dikuarantin sehingga 14 hari.

“Malindo Air memantau situasi itu dengan teliti dan akan menyediakan bantuan yang diperlukan kepada krew terbabit dan pihak berkuasa China bagi meminimumkan penularan koronavirus,” katanya dalam akaun Twitter.

Katanya, imbasan yang dilakukan kepada para penumpang secara proaktif dan kawalan ketat terhadap pergerakan semua penumpangnya ke dan dari China sedang dilakukan.

Tambah syarikat perbangan itu, semua penumbang warga China dari wilayah Hubei (seperti yang tertera dalam pasport) perlu mempunyai sijil perubatan yang membuktikan mereka sihat untuk terbang.

Menurut Malindo Air, penumpang yang didapati tidak sihat untuk mengembara, tidak akan dibenarkan menaiki pesawat.

Para penumpang Malindo Air yang berhasrat untuk membatalkan atau mengubah rancangan perjalanan boleh melakukan demikian dengan menghubungi pasukan ‘Customer Care’ syarikat itu di talian +603-7841 5388 (antara jam 8 pagi hingga 10 malam) atau menghanatar e-mel ke alamat [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast