SEPANG – Malaysia telah berhenti menerima pelancong dari Wuhan, China sejak 23 Januari lalu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Langkah itu, katanya, seiring dengan tindakan China pada tarikh sama yang menyekat 11 juta penduduk di Wuhan keluar selain menghentikan pengangkutan awam dan menutup lapangan terbang di wilayah itu untuk sementara waktu.
Sehubungan dengan itu, Dzulkefly menafikan berita palsu yang ditularkan di media sosial mengatakan bahawa Malaysia masih menerima pelancong dari Wuhan.
“Sementara ada yang kata kita masih terima pelawat daripada Wuhan, saya ingin menegaskan tidak perlu disekat atau dihalang masuk, sebab pada 23 Januari lagi China mengisytiharkan lock down di Wuhan “Jadi memang kita tidak ada pelawat daripada Wuhan sejak itu.
Inilah beberapa contoh dan saya kononnya mengatakan pelancong China digalakkan ke Malaysia dan sebagainya,” katanya ketika sidang media di KLIA2.