Akta Antiberita Tidak benar yang dimansuhkan oleh kerajaan pada tahun lalu berkemungkinan akan dinilai untuk dikuatkuasakan semula jika ada keperluan untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bergantung sepenuhnya kepada keadaan semasa bagaimana kerajaan menangani situasi tersebut.
“Kita ada undang-undang, selain akta lain juga untuk mengendalikan segala isu dan kes ini secara berkesan.