PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyeru agar syarikat-syarikat korporat dan pelabur-pelabur yang berkeupayaan untuk berhijrah dan melihat akan peluang-peluang baharu atau yang sedia ada di luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menjelaskan, usaha itu bagi membantu membangunkan modal insan luar bandar yang produktif dan berkeupayaan ekonomi tanpa perlu mereka berhijrah ke bandar-bandar besar.