MELBOURNE – Novak Djokovic berjaya mempertahankan gelaran Tenis Terbuka Australia 2020 semalam selepas dikejutkan lawan muda dari Austria dalam dua set.
Ia sekaligus menyaksikan jaguh Serbia itu menjulang Grand Slam yang ke-17 dalam kariernya.
Pemain rangking nombor dua dunia itu menumpaskan jaguh Austria 6-4 4-6 2-6 6-3 6-4 dalam perlawanan akhir yang penuh sengit di Melbourne Park semalam.
Djokovic, 32, dua kali memanggil doktor akibat masalah kecederaan semasa perlawanan sebelum bangkit menang aksi tersebut.
Selepas menang selesa dalam set pertama Djokovic mula bergelut dengan masalah kecederaan sebelum memanggil rawatan doktor atas gelanggang beberapa kali.
Ia menyebabkan lawannya Thiem, 26, mudah mengejutkan juara bertahan musim lalu dengan menang set kedua.
Thiem sekali lahgi mengulangi kejutan ke atas Djokovic dengan menang set ketiga.
Bagaimanapun, impian Thiem untuk menjulang gelaran Grand Slam julung kali tidak kesampaian apabila Djokovic apabila bangkit menang set keempat dan kelima sebelum mengesahkan gelaran menjadi miliknya.
Beraksi di hadapan 15,000 pengunjung, Djokovic mempamerkan aksi bertenaga untuk menumpaskan pemain muda Austria itu.
Djokovic mengakui dia di ambang kekalahan selepas mengalami kekurangan air menjejaskan tahap tenaganya di atas gelanggang, menyaksikan laungan ‘Raja Melbourne’ yang hadir dalam kalangan penyokongnya.
“Saya ingin menegaskan bahawa ini adalah peringatan bahawa kita perlu sentiasa bersatu padu dalam apa jua keadaan sekali pun.
“Sentiasa perlu bersama insan yang kita sayang. mereka adalah lebih penting dalam kehidupan kita,” katanya di hadapan lebih 15,000 penonton di gelanggang.
Kemenangan itu merapatkannya dengan Roger Federer yang setakat ini memiliki 20 gelaran Grand Slam kariernya.
Malah kejuaraan berkenaan juga bakal mengubah kedudukan Djokovic di pentas dunia tenis apabila akan mengambil kedudukan nombor satu dunia menerusi rangking terbaharu yang akan dikeluarkan Isnin hari ini yang selama ini dipertahankan Rafael Nadal.-MalaysiaGazette