KUALA LUMPUR – Malindo Air menggantung sementara waktu dua lagi penerbangan ke dan China susulan penularan wabak koronavirus.

Penerbangan terbabit ialah antara · Kota Kinabalu – Tianjin – Kota Kinabalu berkuatkuasa 1 Februari hingga 29 Februari dan Johor Bahru – Guangzhou – Johor Baru mulai 11 Februari hingga 29 Februari 2020.

Sebelum ini Malindo Air mengumumkan penggantungan sementara perkhidmatan tiga kali seminggu antara Kota Kinabalu dan Wuhan berkuatkuasa 24 Januari lalu sehingga notis selanjutnya.

Malindo Air mengendalikan tiga penerbangan berjadual mingguan antara Kota Kinabalu dan Tianjin, dan tiga lagi penerbangan mingguan antara Johor Bahru dan Guangzhou.

Penumpang yang sudah membuat tempahan yang sah untuk perjalanan antara Kota Kinabalu dan Tianjin dan juga antara Johor Bahru dan Guangzhou boleh menghubungi Pusat Panggilan di + 603-78415388 untuk bantuan selanjutnya.

Malindo Air akan terus memantau keadaan di China demi kesihatan dan keselamatan penumpang dan pekerjanya,

“Kami akan sentiasa memaklumkan perkembangan terkini kepada penumpang melalui laman web,” ujarnya. – MalaysiaGazette.