Sekumpulan 10 badan bukan kerajaan (NGO) Perak merayu agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar campur tangan dalam isu hak milik tanah 999 tahun di negeri itu.
Wakil kesemua NGO itu yang juga Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Mohd Razali Khalid berkata, pihaknya mahu langkah drastik diambil oleh Mahathir dengan menghentikan niat kerajaan negeri itu memberikan status hak milik itu kepada kampung-kampung baru Cina.
“Kami mahu Perdana Menteri untuk hentikan langkah kerajaan negeri Perak. Buat masa ini mereka telah buat 11 lot tanah di Gerik dan Tanjung Rambutan.
“Kalau Perdana Menteri masuk campur, ia lebih bagus untuk kami dan semua orang,” katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Mahathir di sini hari ini.
cukup lah kalau diberi hak milik kekal tanpa tempoh dengan syarat akan dilelong bila tonggakan cukai melebihi nilai tanah.