Kedua-dua kes baharu ini menjadikan keseluruhan jumlah terkini adalah 14, kata
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Kes ke-13 merupakan seorang wanita warganegara Malaysia, 40 tahun yang merupakan adik kepada kes yang dilaporkan pada 4 Febuari yang lalu.
“Kes terbaharu ini mempunyai kontak langsung dengan indeks kes semasa beliau pulang untuk sambutan Tahun Baru Cina di kampungnya di Alor Star pada 23 Januari yang lalu dan mengalami gejala demam dan sakit tekak pada 1 Febuari 2020 kemudian batuk pada 4 Febuari 2020,” katanya ketika sidang media harian situasi terkini jangkitan virus di Blok E7, Kementerian Kesihatan.
Menurut Dzulkefly kes ke-13 ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara China.
Wanita itu kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan dalam keadaan stabil.
Kes ke-14 juga wanita, warganegara China dari Wuhan yang tiba di Malaysia bersama-sama rakan tiga rakannya pada 23 Januari.