Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas diminta menyatakan sokongan secara ikhlas di Parlimen sekiranya berniat untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH)

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata, ia boleh dilakukan dalam bentuk usul atau dengan menyambut agenda kerajaan dan bukan menentang membuta tuli.

“Saya dengar Pas pun nak bekerjasama dan sokong saya.

“Saya beritahu mereka, jika kamu mahu bekerjasama dengan saya, sokong (kami),” katanya pada sidang media Majlis Amanat dan Aspirasi bersama warga Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan yang mendakwa kesediaan UMNO dan Pas untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ditanya bagaimana beliau menagih sokongan kedua-dua parti itu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH dan PPBM menjawab wartawan: “Di Parlimen,”.

“Apabila kami melakukan sesuatu, saya fikir mereka harus menyokong, bukan hanya menentang secara membuta tuli,”tegasnya.

Awal minggu ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam membidas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa bersedia untuk bekerjasama dengan Dr. Mahathir dan PPBM.

Langkah Zahid itu dikatakan menyusul kerana mengikut Pas ‘supaya tidak ketinggalan’ dan sagar UMNO tidak diharamkan.–MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast