Chan Quin Er

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran didakwa tiba-tiba diangkat sebagai ‘hero’ apabila Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) menarik balik syarat baru kemudahan dialisis atas ‘saranan Menteri’.

Persoalannya, kenapa Perkeso yang mengeluarkan arahan tersebut, Perkeso juga yang tarik balik arahan berkenaan.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Chan Quin Er berkata, kalau betul Perkeso ikhlas mahu menjaga kebajikan pencarum, mengapa mengeluarkan arahan pada 17 Januari 2020.

“Pelik kan?,” katanya.

Menurut beliau, sepanjang Barisan Nasional memerintah, keputusan mengejut seperti ini belum pernah dibuat oleh Perkeso kerana sedar ia pasti akan meninggalkan kesan terhadap pencarum yang menjalani rawatan dialisis ini.

Ia pasti membebankan pencarum yang memerlukan bantuan.

“Tapi mengapa dilakukan sekarang? Malah Perkeso meminta pihak lain pula untuk membantu pesakit ini sedangkan Perkeso merupakan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebajikan warga pekerja,” ujarnya.

Apa-apa pun, Chan mengucapkan syabas kepada rakyat Malaysia yang berani melawan keputusan Perkeso itu.

Katanya, inilah pentingnya peranan semak dan imbang terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang didakwa gagal dalam segenap aspek khususnya soal kebajikan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.