Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 07 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat hari ini langsung tidak membincangkan mengenai agenda Pakatan Nasional.

Sebaliknya, mesyuarat yang berlangsung selama empat jam itu hanya membincangkan langkah memperkukuhkan Muafakat Nasional antara Barisan Nasional dan Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15), kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin.

“Meeting biasa sebagaai Muafakat Nasional tidak ada Pakatan Nasional.

“Kita mahu memperkukuhkan Muafakat Nasional untuk berhadapan dalam PRU15,” katanya kepada media di lobi Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada terdapat persetujuan dalam kalangan MT UMNO terhadap cadangan Pakatan Nasional itu, Bung Moktar menegaskan, perkara itu tidak boleh berlaku dalam UMNO.

MT UMNO hari ini mengadakan mesyuarat yang dihadiri Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada mesyuarat berkenaan turut membincangkan mengenai Datuk Lokman Noor Adam, Bung Moktar memberitahu, perkara itu diserahkan kepada pihak Lembaga Disiplin untuk diputuskan.

Sebelum ini, Lokman Adam mendedahkan rakaman suara Presiden UMNO dalam mesyuarat parti itu minggu lalu berhubung cadangan Muafakat Nasional (MN) hendak bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau lantang menentang cadangan itu sehingga menimbulkan pro dan kontra dalam kalangan pemimpin serta ahli UMNO.

Pendedahan itu juga turut mendapat reaksi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertegas tidak akan berlaku kerajaan pintu belakang MN dengan PH, tanpa penyertaan DAP.

Keghairahan Lokman mendahului keputusan kepimpinan menyebabkan berlaku kekeliruan dalam kalangan pemimpin dan ahli. –

Sementara itu, pimpinan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang lain mengambil langkah “mengunci mulut” apabila masing-masing yang ditemui tidak mahu memberikan reaksi terhadap hasil perbincangan itu.

Rata-rata mereka yang ditemui media selepas selesai mesyuarat berkenaan hanya menyatakan “no komen” dan beredar sambil tersenyum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. MEMALUKAN….

    Setelah sibuk2 tularan penjelasan Jahit Hamidi oleh Lokman, sampai ketika senyap sepi. Apa dah jadi?….

    Betul kata Tok Mat N9 – berhati2 dgn nafsu.

    Yg jelas jika ada agenda peribadi jangan dilibatkan dengan parti yer….

Comments are closed.