MOSCOW – Sebuah pesawat Boeing, B737 milik UTair yang menalami kerosakan di bahagian ekor dan gear pendaratan tergelincir daripada landasan ketika mendarat di sebuah lapangan terbang di Siberia.
Kesemua 88 penumpang dan enak anak kapal berjaya dikeluarkan dari pesawat dengan menggunakan pintu kecemasan.

Pesawat dua enjin yang mendarat di Lapangan Terbang Usinsk, Republik Komi itu tergelincir daripada landasan yang diliputi salji, lapor RT.

Anak kapal turut menggunakan gelongsor udara untuk mengeluarkan penumpang.

Tiada penumpang cedera dalam kemalangan tersebut, kata pihak berkuasa kepada media.

Beberapa jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian namun tiada kebakaran berlaku pada pesawat yang rosak itu.

Pesawat tersebut telah membuang bahan bakar sebelum itu dan tangki minyaknya hampir kosong ketika mendarat, lapor media tempatan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast