Logo IRAMA

KUALA LUMPUR – Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) menyelar sikap sesetengah artis yang menggunakan isu politik dalam persembahan mereka.

Presiden IRAMA, Ayob Abd Majid berkata, setiap orang bebas memilih parti masing-masing namun membawanya ke atas pentas adalah tidak sesuai.

“Saya berharap selepas ini tiada lagi pengiat seni tanahair terdiri dari penyanyi dan pelakon serta pelawak juga yang lain-lain janganlah bawa isu politik dalam industri hiburan tanah air.

“Tidak kira yang sokong kerajaan atau pembangkang, muzik ini universal dan muzik ini menyatukan manusia bukan menimbulkan perpecahan.

“Masing-masing ada pendirian, itu kita tidak boleh sekat tetapi mempolitikan muzik dan dunia hiburan itu sesuatu yang tidak sihat untuk negara,” katanya lagi.

Ayob berkata demikian merujuk kepada persembahan kontroversi Drama Band pada Anugerah Juara Lagu Ke-34 malam tadi yang mengaitkan kes melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebelum itu, pelawak Pak Ya yang dikatakan menyindir kerajaan  sehingga digam dalam adegan lawak yang memperlekehkan kerajaan Pakatan Harapan baru-baru ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Drama Band minta maaf isu persembahan kontroversi AJL

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast