Azwan Ali
Azwan Ali. foto AFIQ RAZALI, 11 FEBRUARI 2020

PUTRAJAYA – Pengacara Azwan Ali tidak menolak kemungkinan untuk mempromosikan semula minyak wangi keluaran usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sekiranya permohonan maafnya diterima dan mereka berdamai.

Azwan yang lebih dikenali sebagai Diva AA Tersohor berkata, sebelum timbulnya krisis itu pun beliau sentiasa membawa minyak wangi pemberian Dr Hasmizah ke mana sahaja termasuk dalam mana-mana majlis.

“Usaha ke arah itu ada, itulah kelebihan kita berbaik dengan orang. Kalau masing-masing buka mata tentang perdamaian, macam-macam benda kita boleh buat.

“Saya pandang ke hadapan untuk promosikan balik minyak wangi DSV, contoh, saya tak kisah, sebab DSV tahu, saya bawa perfume dia ke hulu ke hilir sampai saya sembur peminat atas pentas.

“Minyak wangi itu bukan kita saja-saja nak promosi, kita nak buktikan bahawa minyak wangi itu tiada masalah, macam mana kita hargai dia bagi,” katanya pada sidang media di Marriot Hotel Putrajaya, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azwan berkata, sebenarnya beliau amat menghargai minyak wangi pemberian Dr Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida sebelum insiden kekecohan itu berlaku.

“Kalau ada peminat kata, orang dah bagi pun tak reti hargai, come on laa, itu mulut engkau. Aku hargai, ada masa aku marah, itulah saya.

“Tapi kita punya amarah itu mungkin ikut hati, peguam dah nasihat, Puan Lyn sudah nasihat, kita bersedialah dengan permohonan maaf,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast