KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan Citilink melancarkan laluan baru dari Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Ia adalah laluan antarabangsa ke-10 untuk Citilink Indonesia dan laluan antarabangsa keempat ke Kuala Lumpur selepas KLIA-Jakarta, Surabaya dan Denpasar.

Presiden dan Ketua Pegawai Citilink, Juliandra, perkhidmatan baru itu ditawarkan setiap hari menggunakan pesawat Airbus A320.

Penerbangan QG 538 dari Bandung-KLIA akan berlepas pada jam 5.50 petang dan tiba pada jam 9.15 malam mengikut waktu tempatan.

Manakala waktu pelepasan dari KLIA pula pada jam 3.20 petang dan tiba 4.45 petang mengikut waktu tempatan.

“Bandung adalah salah satu destinasi kesukaan rakyat Malaysia apabila mengunjungi Indonesia. Dengan pelancaran laluan baru ini, kami berharap lebih ramai pelancong asing mengunjungi kedua-dua negara dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pelancongan,” katanya.

Menurut Agensi Statistik Nasional Indonesia, Malaysia adalah pelancong asing utama dalam senarai tahun lalu dengan jumlah 2.98 juta, naik 18.51% berbanding tahun 2018.

Bagi menyediakan perkhidmatan lebih baik, Citilink Indonesia menawarkan hidang panas dan bagasi percuma 10 kilogram. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast