PUTRAJAYA – Kehadiran semula Datin Seri Rosmah Mansor ke Mahkamah dalam kes perbicaraan rasuah projek tenaga Solar di Sekolah-Sekolah Sarawak menyaksikan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor terhadapnya tidak lagi menjadi kes siasatan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Latheefa Koya berkata, siasatan terhadap doktor yang mengeluarkan sijil cuti untuk isteri bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak itu adalah sekadar lebih ke arah verifikasi sijil sakit itu sahaja.
“Sebenarnya siasatan itu lebih kepada verifikasi (pengesahan) sijil cuti sakit yang dikeluarkan.. saya tak rasa ia sebagai satu siasatan seperti diuar-uarkan di luar sana.
“Isu itu dibangkitkan di mahkamah mengenai cuti sakit yang dikeluarkan ke atas Rosmah dan isu berkaitan diskripsi ubat berkaitan penyakit yang dihadapi Rosmah serta dalam konteks itu peguam menyentuh mengenai carian Google.
“Saya rasa semua ini bertujuan untuk menolak sebarang keraguan yang timbul sebelum kami SPRM diminta mengesahkannya dan ia dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesyuarat Pertama Pegawai Kanan kerjasama Asia Pacific 2020 bertajuk Symposium Gender Maintreaming and Woman Empowerment to Fight Corruption di Hotel Marriot Putrajaya yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.