Omar al-Bashir. foto Agensi

KHARTOUM – Pemerintah Sudan bersetuju menyerahkan bekas Presiden Omar al-Bashir kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk berdepan dengan tuduhan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang.

Bashir dituduh melakukan jenayah serius dalam konflik yang berlaku di Darfur pada tahun 2003 dan mengakibatkan kematian sebanyak 300,000.

Pihak berkuasa berkata, bekas presiden dan yang lain didakwa oleh ICC, akan hadir di The Hague untuk menghadapi tribunal.

Komitmen itu dicapai dalam perundingan damai antara kerajaan Sudan dan kumpulan pemberontak dari rantau Darfur.

“Keadilan tidak dapat dicapai jika kita tidak menyembuhkan luka,” kata Mohammed Hassan al-Taishi, jurucakap kerajaan.

Taishi adalah ahli awam dari Suruhanjaya Berdaulat Sudan, badan mengawasi peralihan negara kepada demokrasi.

Beliau memberitahu Bashir dan tiga yang lain akan diserahkan kepada ICC.

Ditanya sama ada penyokong presiden yang digulingkan akan menerima keputusan ini, Taishi menjawab bahawa tidak ada seorang pun yang boleh mengatasi keadilan.

“Kami sedang melakukan apa yang dimahukan oleh rakyat Sudan,” katanya. – MalaysiaGazette