ITF mengambil keputusan tidak menggantung jaguh bergu tenis Farah walaupun disahkan positif dadah terlarang dalam anti doping tenis baru baru ini.

BOGOTA – Juara bergu Tenis Terbuka Amerika Syarikat dan Wimbledon Robert Farah tidak akan digantung walaupun didapati melanggar program anti-doping tenis.

Jaguh Columbia berusia 33 tahun itu digantung bersyarat selepas diuji positif dadah terlarang.

Farah berkata, kehadiran dadah jenis anobalic steroid Boldenone akibat makan daging yang tercemar dengan dadah itu di negara asalnya sebelum ini.

Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) menerima jawapan Farah yang menegaskan dia “tidak melakukan kesalahan atau kecuaian untuk pelanggaran” tersebut.

Farah diuji positif steroid terlarang pada Oktober 2019 dan disahkan oleh ITF Januari lalu.

Keputusan itu menyebabkan Farah tidak dapat mengambil bahagian dalam Tenis Terbuka Australia Januari lepas.

Selepas dimaklumkan positif dadah terlarang, Farah menulis dalam Twitter peribadinya yang berbunyi:”dua minggu sebelum keputusan diumumkan, saya melakukan ujian anti-doping di Shanghai yang menunjukkan keputusan negatif.

“Saya juga menjalani ujian anti-doping sekurang-kurangnya 15 kali secara rawak di litar antarabangsa sepanjang tahun lalu tetapi semuanya menunjukkan negatif.

Seperti yang ditegaskan Jawatankuasa Olimpik Columbia 2018, bahan terlarang itu ditemui lebih kerap dalam daging Columbia dan berisiko menjejaskan keputusan ujian anti-doping atlet negara itu.

Pada 2018, Farah yang merupakan kelahiran Kanada itu pernah digantung dan didenda 3,800 pound atas kesalahan mempromosikan sebuah laman web perjudian dalam media sosial.-MalaysiaGazette