Usul undi percaya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri bukan perkara baharu bahkan ia sudah dilakukan lebih awal oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk meneruskan sokongan itu walaupun dibawa oleh ahli Parlimen Pas nanti.

“Kita sudah sokong Dr Mahathir lama sebelum Pas.

“Tak pernah dengar laa kan kalau ahli Parlimen (pembangkang) nak sokong, selalunya pembangkang tak sokong,” katanya kepada pemberita di Hotel Grand Blue Waves, di sini, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast