Pekerja, Kamal Bahrin Mohamed mengikis kuku kuda tersebut agar kelihatan lebih kemas dan bersih ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kelab Lumba Kuda Selangor Turf Club (STC) Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 FEBRUARI 2020.

SERDANG – Tugas memasang ladam besi pada kaki kuda sememangnya memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi berikutan prosesnya yang rumit.

Tambahan pula, kerja sebagai juru ladam kuda bukan lah satu tugas yang glamor namun tanpa mereka mungkin tiada juara dunia dalam sukan berkuda.

Kamal Bahrin Mohamed, 39, merupakan salah seorang pekerja di dalam bidang tersebut dan telah berkhidmat sejak 20 tahun lalu di Kelab Lumba Kuda Selangor Turf Club (STC) Seri Kembangan, Selangor.

Menurut pemenang Pertandingan Asian Farrier selama tiga tahun berturut-turut itu, berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang ada, dia akan terus berbakti kepada kuda serta penunggangnya.

“Setiap kuda perlu ditukar ladamnya empat minggu sekali supaya haiwan tersebut berada dalam keadaan baik untuk ditunggang ketika latihan mahupun pertandingan.

“Tugas ini bukanlah satu kerja yang mudah kerana ia merupakan kebolehan yang diperolehi setelah mendalami mengenai anatomi kaki kuda selain pengalaman dalam merawat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Kamal lagi, fungsi pemasangan ladam kuda bertujuan melindungi kuku haiwan tersebut daripada tercedera terutamanya kuda yang digunakan untuk perlumbaan, endurance (kuda lasak) atau ekuestrian.

Pekerja, Kamal Bahrin Mohamed mempersiapkan alatan untuk pemasangan ladam kuda ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kelab Lumba Kuda Selangor Turf Club (STC) Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 FEBRUARI 2020.
Pekerja, Kamal Bahrin Mohamed menyusun ladam besi yang sesuai untuk dipakaikan terhadap kudanya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kelab Lumba Kuda Selangor Turf Club (STC) Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 FEBRUARI 2020.
Seekor kuda memerhati Kamal Bahrin Mohamed menukul ladam besi sebelum dipasang pada tapak kaki kuda ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kelab Lumba Kuda Selangor Turf Club (STC) Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 FEBRUARI 2020.
Pekerja, Kamal Bahrin Mohamed mengikis kuku kuda tersebut agar kelihatan lebih kemas dan bersih ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kelab Lumba Kuda Selangor Turf Club (STC) Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 FEBRUARI 2020.
Pekerja, Kamal Bahrin Mohamed membersihkan tapak kaki kuda sebelum memasang ladam besi tersebut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kelab Lumba Kuda Selangor Turf Club (STC) Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 FEBRUARI 2020.
Pekerja, Kamal Bahrin Mohamed melakukan kerja-kerja mengikis kuku kuda tersebut dengan teliti untuk mendapatkan hasil yang lebih kemas dan bersih ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kelab Lumba Kuda Selangor Turf Club (STC) Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 FEBRUARI 2020.
Pekerja, Kamal Bahrin Mohamed teliti sewaktu memasang ladam pada kaki kuda tersebut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kelab Lumba Kuda Selangor Turf Club (STC) Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 FEBRUARI 2020.
Pekerja, Kamal Bahrin Mohamed memasang ladam pada kaki kudanya dengan menggunakan paku khas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kelab Lumba Kuda Selangor Turf Club (STC) Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 FEBRUARI 2020.
Pekerja, Kamal Bahrin Mohamed bergambar dengan salah satu kuda peliharaannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kelab Lumba Kuda Selangor Turf Club (STC) Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 FEBRUARI 2020.
Pekerja, Kamal Bahrin Mohamed menarik kudanya untuk menukar ladam yang baharu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kelab Lumba Kuda Selangor Turf Club (STC) Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 FEBRUARI 2020.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast