Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) mengemukakan tujuh syor untuk diambil perhatian oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH).

Tujuh syor tersebut dimasukkan dalam memorandum yang dihantar kepada Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Angkatan AWAN, Senator Aiman Athirah Al Jundi berkata, memorandum tersebut bertujuan mengemukakan cadangan terhadap pindaan Perlembagaan PH.

Langkah itu katanya, merangkumi secara jelas tafsiran, kedudukan, keanggotaan, urus tadbir, tugas, kuasa dan tanggungjawab berkaitan Majlis Pimpinan Wanita PH Malaysia dan negeri serta Jawatankuasa Penyelaras Wanita Parlimen.

Ujarnya, beberapa perkara penting turut bersangkutan dengan kandungan di dalam memorandum itu terhadap kedudukan wakil wanita PH dalam Mesyuarat Majlis Presiden yang akan diadakan pada 21 Februari ini dan seterusnya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast