BEIJING – Jumlah kes Covid-19 di China jatuh pada hari ini selepas usaha gigih negara ini untuk menghentikan penyebarannya mula menampakkan hasilnya.
Wabak ini dikatakan muncul di pasaran hidupan liar di wilayah tengah China, Hubei pada akhir tahun lalu.
Angka terkini China menunjukkan sebanyak 68,500 kes jangkitan dan 1,665 kematian, kebanyakannya di Hubei.
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China melaporkan sebanyak 2,009 kes baru dikesan pada hari ini, susut berbanding 2,641 kes sehari sebelumnya .
Angka kematian baru pula sebanyak 142, kurang satu berbanding 143 kes pada hari Sabtu.
Empat kematian baru berlaku di Hubei.
Wilayah Hubei dan ibu negaranya, Wuhan, telah mengalami sekatan sejak 23 Januari, dengan sekolah, pejabat dan kilang ditutup.
Perkhidmatan pengangkutan juga digantung.
Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, Mi Feng berkata, kempen membasmi penularan wabak itu mula menunjukkan hasil.
Peningkatan sokongan perubatan dan langkah pencegahan di Hubei telah menurunkan kes kritikal dan kadar kes kritikal dalam wabak ini jatuh kepada 21.6% pada hari Sabtu berbanding 32.4% pada 27 Januari lalu, kata Mi. – MalaysiaGazette