Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang sebahagiannya berpunca daripada kegagalan DAP.

Itu rumusan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurut beliau, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berbangga dengan Tun Razak Exchange (TRX) iaitu (projek IMDB), manakala Timbalan Yang Di pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming pula berbangga dengan West Coast Expressway yang semuanya dibuat oleh kerajaan dahulu.

Tidak ada apa yang signifikan dibuat oleh Teresa Kok atau M. Kulasegaran yang lain dari yang lain, katanya.

“Kalau pun ada lain dari yang lain ialah cerita-cerita pemimpin mereka merasmi pagar, lif, paip air dan pembahagi jalan. Memang lain tetapi memalukan.

“Mereka berbangga dengan pendakwaan Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pemimpin terdahulu sebagai langkah pembersihan namun mereka tak boleh padam tanggapan bahawa ini adalah hanya pendakwaan terpilih bersifat dendam.

“Kenapa kes Guan Eng dan terowong ditutup? Kenapa kes Adib hilang begitu sahaja? Ini bukan reformasi institusi yang digambarkan sebelum ini,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Tambah Shabery, ekonomi negara yang dipimpin oleh ketua DAP terus merudum dan rakyat semakin terseksa merupakan bukti terbesar kegagalan parti berkenaan untuk menjadikan negara ini lebih baik dari yang dahulu.

“Naratif DAP gagal. Roket DAP tidak membawa ke mana-mana. Hebat sewaktu pelancarannya tetapi dunia sedang melihat ia sedang terbakar dan menjunam jatuh ke bumi, bersama harapan yang dibawanya,” ujar bekas menteri itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast