KENYATAAN PENUH DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN.
SAYA akan cuba mengulas berkenaan keperluan memindah aset tidak untung milik Tabung Haji (TH) kepada syarikat tujuan khas (SPV) bagi tindakan jangka pendek dengan bahasa mudah dan difahami orang awam.
Menurut standard laporan kewangan (FRS), sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus berbanding kos asal secara berterusan dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan. Bagaimanapun, menurut Pricewaterhouse Coopers (PwC), TH sebelum ini menetapkan had ambang (threshold) 70 peratus untuk tempoh 24 bulan. Angka itu diubah dua kali pada 2017, kepada 85 dan 90 peratus.
PwC berkata jika had ambang ditetapkan pada 70 peratus, TH patut mengisytiharkan kerugian sebanyak RM1.313 billon. Jika pada 85 dan 90 peratus pula, kerugian patut diisytiharkan masing-masing sebanyak RM171 juta dan RM1 juta sahaja.
PwC berkata tindakan menyembunyikan kerugian ini dengan tujuan menunjukkan jumlah keuntungan yang cukup untuk membayar dividen pada 2012. Akta Tabung Haji 1995 tidak membenarkan pengagihan dividen ketika rugi. PwC berkata jika standard biasa dipakai (had ambang 20 peratus untuk tempoh 12 bulan), jumlah kerugian penuh ekuiti adalah sebanyak RM4.258 bilion.
Bagi menghadapi masalah peninggalan pentadbiran lama tersebut, TH dilihat berusaha mengemas kini aset tidak menguntungkan yang bernilai lebih RM 19.9 billion (berbanding asset yang bagus bernilai RM 57.1 bil). Ertinya aset ini semuanya rugi di atas kertas dan jika tidak memberikan hasil kepada TH bagi tahun kewangan terkini dan kewujudannya di dalam buku TH hanya merosakkan kesihatan laporan kewangan, TH yang akhirnya akan menyekat pemberian dividen kepada pendeposit.
Maka bagi merawat hal terbabit dengan segera, pihak TH memilih untuk memindahkan atau menukarkan aset tidak untung ini (sebagaimana klasifikasi yang ditetapkan oleh TH sendiri dan kaedah perakaunan) kepada SPV di bawah Kementerian Kewangan.
Ini satu bail out
Ia perlu dilaksanakan kerana tiada entiti perniagaan yang ingin membeli aset kurang bagus itu pada waktu ini, maka Kementerian Kewangan adalah entiti yang tepat mewakili kerajaan Malaysia bagi tujuan menerima pemindahan dengan berbalaskan pegangan instrumen pelaburan Sukuk dan saham keutamaan boleh tebus – Islamik (RCPS-I) untuk dimiliki oleh TH.
Pegangan Sukuk bertempoh matang tujuh tahun terbabit akan memberikan jangkaan pulangan sebanyak lima peratus setahun kepada TH berbanding aset tidak bagus sedia ada yang tidak memberikan apa-apa. Bagaimanapun RCPS-I yang bernilai RM 9.9 bilion tiada tarikh matang dan tiada dividen tetapi sentiasa terbuka untuk ditebus kembali oleh TH. Jika digabungkan kedua-duanya bererti untuk aset bernilai RM 19.9 bilion, TH bakal mendapat pulangan 2.5 peratus setahun.
Saya juga tidak lihat bagaimana mungkin Kementerian Kewangan akan ‘merampas’ aset tiada hasil itu di masa akan datang, Menteri Kewangan (Diperbadankan) atau MOF Inc membawa agenda kerajaan, berbeza dengan syarikat yang sifatnya hanya mengejar keuntungan. Kecuali jika SPV di bawah MOF inc itu menjualnya kepada pihak ketiga. itu pun perlu diputuskan oleh kerajaan dan bukannya keputusan satu dua orang sahaja, khususnya jika aset terbabit adalah aset strategik.
Semua wang pendeposit turut dijamin oleh kerajaan. Sebenarnya kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan ‘hampir’ boleh dikatakan sedang ‘bail out’ TH melalui dua instrumen ini. Orang yang tidak biasa isu kewangan mungkin menganggapnya sebagai pelik.
Aset tidak bagus atau tidak menguntungkan TH dikenal pasti menerusi dua kriteria. Bagi hartanah, ia membabitkan aset dengan hasil kurang dua peratus dan bagi ekuiti, kemerosotan nilai melebihi 20 peratus. Justeru jumlah nilai asset tersebut mencecah RM19.9 billion.
Sefaham saya, tindakan pemindahan kepada SPV dan menerbit instrumen pelaburan Sukuk dan RCPS-i tersebut boleh memberi kebaikan kepada TH.
Pertama, ia menjadikan TH mungkin berpeluang mendapat keuntungan daripada pegangan sukuk sebanyak lima peratus setahun berbanding terjerat dengan aset tidak untung serta merosakkan tanggungan liabiliti dengan membesarkan jumlah impairment loss dalam laporan kewangan Tabung Haji.
Kedua, ia memastikan TH mampu memberikan dividen kepada pendeposit kerana tanpa pemindahan melalui terbitan dua instrumen patuh shariah itu, TH akan dikira dalam keadaan defisit dengan liabilitinya melebihi aset justeru – menurut aktanya – tidak boleh membayar dividen.
Jangan politik berlebihan
Adalah hal biasa SPV di bawah MOF Inc bertindak untuk tujuan-tujuan spesifik memegang aset kerajaan atau institusi kerajaan. Dulu pun kerajaan merawat non-performing loans melalui Danaharta Nasional Bhd yang berfungsi seperti SPV pada waktu itu.
Kini model yang digunakan dan dibentuk di bawah MOF ialah dengan mengambil aset dengan ’bayaran’ sukuk dan RCPS-I sebagai balasan kepada TH. Ini tidak bermakna aset itu dimiliki oleh menteri kewangan, timbalannya atau mana-mana individu politik, tetapi dipegang oleh kerajaan Malaysia sendiri. Mungkin menjadi sebahagan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pada masa akan datang juga.
Sebaiknya isu ini tidak dipolitikkan berlebih-lebihan (sedikit saja adalah natural kerana tiada apa yang dapat lari dari politik) kerana pihak TH sedang berusaha sungguh-sungguh membaik pulih lembaga itu yang sebelum ini dipegang oleh orang politik (dari kalangan ahli Lembaga Pengarah) sehingga kelihatan wujud campur tangan yang akhirnya mengurangkan kredibilitinya.
Semua ahli lembaga pengarah TH hari ini bukan dari kalangan politik dan cadangan pemindahan ke SPV di bawah MOF juga sefaham saya datang dari perbincangan lembaga Pengarah, PwC dan pengurusan tertinggi sebelum dibentang di Kabinet.
Sama-samalah kita berdoa agar tabung amanah untuk tujuan mulia – menunaikan ibadah Haji – ini semakin baik. Sudah tentu pihak pengurusan baru sedang melaksanakan tugasan sebaik mungkin bagi mengembalikan zaman keuntungan TH, misalnya ketika tahun 2013 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 2.45 bilion setelah ditolak segala liabiliti dan penyesuaian.
Jika apa yang dijangka ini tidak berlaku dan TH menjadi semakin teruk dan dicerobohi pula secara politik, maka bolehlah dianjurkan bantahan ala Himpunan Kesyukuran Penolakan Icerd sekali lagi atau boleh juga diubah kerajaan yang ada melalui PRU ke-15 kelak.- MalaysiaGazette
DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN MERUPAKAN PAKAR EKONOMI ISLAM.
Satu analisis yang terbaik. Pihak pro pembangkang kena hadam ini. Kalau tak faham boleh ambil kursus kat luar pasal pengurusan kewangan korporat.
Aset yg masih “aktif” beroperasi & menjana income sendri kenapa nk dikategorikan aset yg x menguntungkan?..ini bkn tanah lapang terbiar yg hanya ada semak samun..klu betui xmenguntungkan, kenapa x dipikirkan plan utk menambahkan revenue tu sendri?..pihak pengurusan mls pk mungkin?
Macam nak tebangkan pokok dgn alasan ia dah nak tumbang… bagus juga tindakan itu..dan nampak tak payahlah tanam pokok lagi. Lagi senabg suruh je apek spv yg lakukan.
Itu aset yg di pindah ke spv . Bagaimana pula hartanah ladang yg dijual rendah melalui penilai yang di tukar ..dan kenapa Lim yg membeli , bkn glc . Mana spv nya . Zaharudin ni sapa yg ada autority boleh bagi pencerahan ini . Mana yg lain nya .
Biasanya kalau melihat tu dari sudut kepentingan masing2, orang politik melihat dari sudut servivalnya, orang makan gaji dari had gaji dan arahannya, orang berniaga dari untung melipat berlipat2nya, sampai bila tak habis memutar, membelit menegak benang basah, menutup bau bangkai dan pendeposit digula-gula baik oleh yg sepet mau pun yang berkopiah.
Mengguna alasan sistem kewangan, standard laporan kewangan, polisi pentadbiran, pengasingan entity yg rugi dgn yg untung. Padahal 1+1 jadinya 2, tak jadi lain. Baik kerajaan atau org yg diamanahkan hanya nak keputusan yg cepat. Bila yg rugi dijual dipindah ke spv maka yang asal jadi tak ada rugi maka untunglah. Budak kecik pun tau bagi balik jajan yg dah habis. Jika hati tu ada iman, tak ada sesatnya pikirkan yg gaji kau amik tu macam niaga didunia dan akhirat. ‘Think like a business’ bukan janji problem setle lain2 lantak lah. Tunjukkan pada awam apa ‘root cause analysis’ in financial, in human capital, in operational aspect, apa keputusan audit forensik, bukan finance je tapi all aspect of operations. Senang2 nak jual. Kau orangni takde yg betul2 pandai nak fikirke apa nak buat , apa yg terbaik untuk dirumuskan. Ladang besar kau jual , kilang proses sawit kau jual. Kau ada tanya tak atau ada tak kenapa ada yg sanggup beli walaupun pd harga yg rendah. Pada satu tahap kau kata import daging, susu lembu berbillion, kau cakap ramai orang takde kerja , dekat kg pun kurang kerja, kau tau tak by product kilang sawit boleh buat makanan lembu tenusu, kawasan yang luas untuk ternakan lembu. Kau jgnlah ikut org sebelum ni yg dpt duit gelapmata, projek ke parit. Kau tak tanya ke macam mana nak tingkatkan hasil sawit dr glc.
Berapa banyak yg kau dah lepaskan, kau tak nak fikir lagi ke, dah habis fikir. Hospital kau pergi jual(IHH), lepastu doktor takde tempat nak buat HO. MO takde tempat nak buat master phd. Kau jgn ckp takde kaitan hospital kerajaan dengan swasta , kau juga yg kata nak intergrasi antaranya. Bila satu entiti kesihatan kau kawal, kau boleh tap atau kaitkan dengan universiti tempatan, kejururawatan maka adalah peluang kerja. Ubat-ubatan kau bolehlah dapatlan lesen untuk ubat generic. Bolehlah kau buat research centre antara hospital, universiti buat macam biopolis. Macam banyak benda kau kena buat dan rasanya tak kemana lah dengan perangai kau orang sekarang ni. Bukan sepenggal tak cukup, cukup-cukiplah sepenggal memang tak kemana.
Betul tu, jangan politik berlebihan! Jesteru dinasihatkan untuk ditubuhkan satu pasukan RCI dengan segera! Tak rugi apa2 pun!
Audit diatas audit Pricewaterhouse Coopers ke, apa ke jadah ke? Hanya audit RCI sah dan laku dalam mahkamah, PwC ke , apa ke semua tak laku! Tengok saja kes 1MDB, dibawah pemerintahan hancing semua audit by third party nampak macam tak laku, hanya mangabehkan boreh sahaja… kah…kah…kah…
If they are from Amanah and PH, I never believe them. They bend the rule and regulations to justify their actions. It is sad to see what has happened TH. Many valuable assets owned by Muslims are sold. Muslim leaders in PH, Amanah should think of the interest of Islam and Muslims and not of their popularity and party and the grand President of PH. Ordinary Muslims out there are suffering, particularly students, farmers, fishermen, rubber-tappers, all those who work in the palm oil estates and single mothers,