Pesawat Airbus A380 milik Singapore Airlines.

SYDNEY – Singapore Airlines Ltd. akan mengurangkan penerbangan rangkaian global selama tiga bulan sehingga bulan Mei memandangkan wabak Covid-19 telah menjejaskan permintaan ke Singapura.

Pengurangan itu melibatkan laluan Frankfurt, Jakarta, London, Los Angeles, Mumbai, Paris, Seoul, Sydney dan Tokyo.

“Singapore Airlines dan SilkAir akan mengurangkan perkhidmatannya sementara disebabkan permintaan lemah akibat wabak Covid-19,” katanya.

Tambah syarikat itu, ia akan terus memantau situasi dan membuat penyelarasan jika perlu.

Langkah itu seiring dengan pendekatan yang dilakukan oleh China dan Hong Kong.

Pada Disember lalu, penerbangan ke China menyaksikan 11% kapasiti dan lebih daripada itu bagi sayap syarikat penerbangan tambang rendahnya, Scoot.

“Ia bukanlah mengejutkan untuk menyaksikan pengurangan penerbangan, mengambil kira jumlah tempahan yang merosot disebabkan situasi semasa,” kata penganalisis DBS, Paul Yong.

Selain China, permintaan penerbangan ke Korea Selatan dan Jepun turut terjejas.

Singapura menyaksikan 77 kes Covid-19 – salah satu kawasan tertinggi di luar China. – MalaysiaGazette