KUALA LUMPUR – Adalah tidak relevan untuk Bahagian Perolehan Kerajaan memanjangkan permohonan projek solar hibrid kepada Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) kelulusan kerana Kementerian Pendidikan hanya mempunyai bajet untuk menguruskan sistem generator (genset) diesel.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Othman Semail berkata, Bahagian Perolehan Kerajaan mendapati tiada sebarang peruntungan dalam bajet pembangunan Kerajaan Persekutuan untuk projek solar hibrid.
Terdahulu katanya, maklumat asas yang relevan untuk pertimbangan permohonan Kementerian Pendidikan adalah sama iaitu sama ada projek tersebut merupakan rancangan pembangunan kerajaan.
Ini semuanya, berlaku semasa pm mana ya?