SHAH ALAM – Biarpun Perdana Menteri berulang kali menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatannya selepas penganjuran Persidangan Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020, Otai Reformis masih sangsi dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata, pihaknya tetap berpegang kepada persetujuan yang dicapai, yang mana jawatan itu akan dipegang selama dua tahun.
“Tidak kiralah Tun kata lepas APEC atau apa pun. Kita tidak boleh pegang kata-kata Tun.
“Kita sangsi kerana selepas APEC ini mungkin ada bola sepak Piala Dunia, nanti dia kata nak tunggu pulak. Jadi ini tidak akan berakhir.
“Akhirnya akan sampai habis penggal PRU14. Sampai ke tarikh itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bersedia untuk menghadapi PRU15,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Abdul Razak berkata demikian selepas sidang media penyerahan memorandum bantahan terhadap kerajaan Negeri Selangor terhadap pemansuhan status hutan simpan Kuala Langat Utara di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, pihaknya akan tetap mengadakan demonstrasi jalanan pada 9 Mei depan sekiranya Dr Mahathir tidak melepaskan jawatannya kepada Anwar.
“Kami akan teruskan juga walaupun mungkin dalam jumlah yang kecil sebab PKR sudah pecah dua. Bukan semua ahli parti akan turun ke jalan macam dahulu.
“PKR ada dua team, dulu kami ramai di jalan raya sebab kami bersatu. Kalau dalam 100 hanya 50 yang akan turun ke jalan raya,” katanya lagi. -MalaysiaGazette
Apa faedah kau semua buat kerja bodoh tu ..
Refomasi itu untuk negara dan bukan tujuan menaik sosok sesorang.
Kami rakyat pentingkan pemipin membawa petubshan. Dan Tun memimpin dah bsnyak melakukan perubahan dan tambah baik..
Itu yang kami mahu berterusan.
Belum tentu Nuar mampu lakulan..
otai tak cerdik aje melakukan perkara bodoh. masalah rakyat tak ambil peduli, yang diutamakan nak ganti PM yg didapati bersalah kerana liwat.
Macam ini Anwar hendak jadi pemimpin, Otai reformasi yang beberapa kerat pun tidak boleh hendak jaga, macam ini hendak jaga rakyat yang 30 juta.
Kata negara islam tapi janji pun tak ditepati
Hang yg Bodoh P pecaya tun Buat apa